nufnag

2

2

Sabtu, 16 Ogos 2014

Isteri kedua: Aku sangat sayangkan dia

Ku tuliskan coretan ini untuk membantu para wanita yang dalam dilemma untuk menjadi insan kedua di hati seorang lelaki.
 
Isteri kedua mungkin calonnya janda, gadis atau isteri orang. mungkin anda salah seorang dari ketiga tiga kategori ini.
Jika seorang wanita punyai anak ingatlah ayat ini 'sejahat jahat ayah pada anak kandungnya tidak sama dengan lelaki yang tidak mempunyai talian darah dengan anakmu'. Kerana itu selalu anda dengar di media, anak didera oleh teman lelaki ibu.. berhati hati.
Apapun keputusan untuk jadi isteri kedua pastinya sukar untuk anda. Bagi yang menerima gelaran ini hanya satu saja yang mereka pertahankan 'aku sangat sayangkan dia.. aku tak rela kehilangan nya'.
Saya tidak memperlekehkan ayat ini. Ini lambang cinta anda insyallah jika sayang itu tebal akan kekal sampai mati, isteri ke berapa bukanlah isunya.
Namun saya mohon pertimbangkanlah satu per kara untuk kebahgiaan anda. Jika anda bersedia untuk itu maka anda perlu bersedia untuk ini juga.. sebab gelaran ini akan datang dalam satu pakej. Anda tak boleh pisahkannya.
Pertama pandangan orang yang menganggap anda perampas suami orang. Anda perlu ingat gelaran ini kekal sampai ke anak cucu sebagai anak perampas suami orang.
Keadan lagi teruk jika isteri pertama tak rela..atau rela dalam paksa. Kata cacian akan jadi benda biasa. Anank anak tiri bakal mengungkit, terutama jika suami berharta. Lagi parah kalau ada yg guna bomoh bagai untuk melenyapkan kebahgiaan rumahtangga yg dibina dgn suami.
Itu belum masuk lagi suami yg kadangkala emosi dan melemparkan kata kata atau action yang melukakan hati. Dan yang jenis takut bini tua. nafkah yang sambil lewa. Datang hanya untuk melepaskan nafsu.
Bersedialah juga untuk ditinggal berseorangan pada hari biasa atau hari penting anda. Ada kes sahabat saya yang melahirkan pun suami tiada disisi. Anak meninggal semasa melahirkan dia tak kisah..dtg masa siang..mlm di rumah isteri pertama..semasa mengandung masuk bulan ketiga hamil suami langsung tak balik.sakit pening masa mengandung sendirian.
anda juga mestilah jenis yang kuat mempertahankan cinta, walaupun di lukai oleh orang yg anda berkorban. Tak cukuop belanja pandai pandai cari sendiri. Ada isteri yg kedu ayang rela membuang keluarga demi cinta..bersedialah untuk anda berseorangan. kerana suami anda dimiliki juga oleh orang lain..saat anda sakit pening belum tentu suami ada.. apatah lagi masa berhari raya atau lainnya.
Ketahuilah cinta yang anda pertahankan itu indah khabar dari rupa, banyak duka  dari bahagia... Jika itu jalan yang anda pilih. Teruskan..
Bersedialah dengan iman yang banyak dan air mata yang banyak untuk teruskan kehidupan anda.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan