nufnag

2

2

Sabtu, 16 Ogos 2014

Gunakanlah Akal dalam menilai cinta

Sudah lama aku tak bercerita tentang cinta..
sebenarnya bagi manusia yang tak percayakan tuhan fikirkanlah tentang cinta. fikirkanlah bagaimana laila jatuh cinta pada majnun. Katanya laila gadis yang sangat cantik dan majnun tu hodoh.. tapi mengapa ada cinta. Dan pengorbanannya keterlaluan.Wahai insan yang belum pernah berkahwin..bacalah catatan ku ini agar anda mendapat pedoman.
Begitu lah uniknya cinta laila majnun. Tapi cinta kita adalah cinta biasa biasa. Yang ada kekurangan. Seketika aku termenung sendirian membandingkan kisah cinta yang pernah kulalui dan kisah kisah cinta di sekelilingku. Hari ini aku ingin berkongsi kisah cinta sebenar agar memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membuat keputusan tentang kehidupan cinta mereka.
Percayalah sesuatu yang ingin ku katakan bahawa keindahan cinta laila majnun pun mungkin takkan bertahan pada zaman ini.
Aku akui, Jika kita telah jatuh cinta adalah amat sakit untuk melupakan orang yang kita cintai. Namun percayalah meneruskan cinta itu lebih sakit dari melupakan cinta.  
Berfikir la secara tenang dalam membuat keputusan dengan lelaki atau wanita manakah kamu mahu berkahwin. Percayalah pada kata saya, terutama wanita... bahagia derita kamu bergantung pada siapa yang kamu kahwin. Jika lelaki tak baik yang kamu pilih, maka neraka dunialah yang kamu mesti lalui.
Memang betul takdir masa depan kita tak tahu.. tapi kalau kita sudah tahu kenapa nak teruskan? Ramai gadis Malaysia ikut lari lelaki Lombok sejak akhir akhir ini. Maafkan saya membawa isu semasa untuk di catat. saya tak kata lelaki Lombok tak baik. Mungkin memang cinta mereka terbaik, jaga menjaga hati dan perhatian amat menyentuh hati.
Tapi bagi gadis yang memilih tepuk dada dan tanyalah diri..cari ilmu ..tengok internet bolehkah anda hidup dengan cara hidup mereka? selalu cuci baju pakai kesin..tahankah kamu basuh baju pakai tangan? tahankan kerja bawah terik mentarai di sawah ? tahankah? kalau tak tahan jgn teruskan.. kalau tahan teruskan... fikir pakai rasional ..jangan ikut hati.
Lagi satu saya nak ketengahkan ialah indahnya cinta sebelum kawin... jap nak Tanya..laila majnun kawin ke? tak kan? ..sebb tu la kot. Bila sebelum kawin semua Nampak baik... sebab tu orang tua kata jangan ikut rasa jgn ikut hati. ambil nasihat orang tua sebelum ikut kata hati. ingat ye.... nasihat orang tua yg dah berpengalaman..jangan ambik nasihat orang muda atau rakan sebaya ..sebab otak mereka belum sampai tahap orang dah kawin. Sebab dunia perkahwinan indah khabar dari rupa. Indah cerita dari reality.
Jika anda memilih seorang yang panas baran.. maka sepak terajang kawan baik anda selepas berkahwin. Jika anda memilih penangih dadah maka kemiskinan hatra dan papa kedana menanti anda. Jika anda memilih lelaki curang, bersedialah untuk di madukan dan untuk medapat penyakit kelamin. sakit hati.. jika anda memilih yg kurang budi bahaa sedialah untuk dipanggil denagn nama sial dan kata kata kesat selepas perkahwinan walaupun sekarang dia tk pernah mengucapkannya pada anda.
kalau anda jenis wanita yg suka adil.. berkahwin bererti sedialah untuk jadi wanita yang di buli. Diperkecil dan diperlekeh. Sebab anda akan buat semua keje dan dia akan berehat saja. Jika anda sudah sedia untuk merasakan pengorbanan anda tidak berbaloi, tak dihargai..perkahwinlah..dan anda akan merasainya.. banyak lagi perkara lain termasuk urusan kewangan dan sedara mara...
bukan saya menakutkan.. tapi ini ceriat sebenar.. kalau saya berbohong kenapa masalah cerai di mahkamah berlambak? ada macam macam cerita...
Dulu masa belum kahwin saya selalu tertanya bagaimana orang yg kita cintai boleh buat begitu? tapi itulah hakikat kehidupan.
Memang kita tidak boleh mengawal kehidupan..tapi jika kita tahu risikonya mengapa kita tak ambil peduli. Sebenarnya kita yang bersalah membuat keputusan untuk diri sendiri...
Kita tak perlu lalui pengalaman pahit ini untuk belajar ...Sepatutnya kita belajar dari pengalaman orang lain.  sesekalai melawaylah mahkamah syariah. bacalah buku tentang rumahtangga... anda akan tahu banyak.. kalaulau semua suami setia..takkan ada yang mohon kawin dua.. kalaulah setiap suami tahu tangjungjawab..takkan ada yang minta fasak dan cerai dan nafkah..
Adakah anda fikir semau pasangan bermasalah  yang berderat di mahkamah tu masa kahwin dulu tak cinta? Mestila cinta ..suka happy ..kenduri besar.. tetapi mengapa jadi juga masalah? 
Kita yang waras ni dinasihatkan cari pasangan fikirlah betul betul.. jgn kita nanti menambah barisan di mahkamah syariah..
Berbalik pada cinta.. cinta ialah satu emosi menyayangi..tak boleh Nampak tapi boleh rasa. Macam roh dan tubuh. Dan ramai orang yang belum berkahwin amat menghargainya. Dan ramai orang yg sudah berkahwin membiarkannya..sehingga wujud orang ketiga barulah nak kelam kabut membaja cintanya. Cinta yang tak Nampak ni dirasa dan di nilai dr perbuatan,.. ada yg tersentuh melalui sentuhan tangan senyuman ciuman..yang lahir dari hati.. sebab tu ramai gadis yang baru nak kenal cinta kena tipu diragut kesucian diri. cara pasangan ambil hati dengan hadiah ..menyarung cincin..perkataan mesra pun di ertikan sebagai cinta.Ada juga yng berbaik budi membayar bill dan lainnya.. membantu tika susah dan senang...itu nilai cintai yg dinyatakan..namun...
Tak kira berapa banyak anda berkorban untuk orang yang anda saying atau dia berkorban untuk anda..Jika sampai pd tahap dia punyai sifat buruk, pemukul dadah, penyagak.. fikirlah untuk tamatkan pengorbanan itu kerna anda berhak untuk bahagia. Jika perlu mungkin hidup bersendirian jauh lebih bahagia dr tersalah kawin dengan lelaki tak bertangungjawab..atau tak sesuai.
Akhir kata...

 ANDA BERTANGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRi TENTANG KEPUTUSAN ANDA, SIAPA YANG ANDA PILIH UNTUK BERKAHWIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan