nufnag

2

2

Nasihat

Apabila kita telah lama berumahtangga jangan sempitkan ruang untuk bercinta. Jangan kita menjawab panggilan telefon dari pasangan kita sekadar jawab tanpa rasa cinta. Jangan lupa untuk sms dan bertanya tentang aktivitinya. Jangan lupa kata kata romantik atau sms seperti masa bercinta. Kerana ruang ruang yang kosong itu... mungkin ada insan lain akan mengambilnya. Jangan wujudkan ruang itu antara kita dan pasangan. Dan kalau kita adalah isteri dan suami yang sibuk itu... tolong jangan buat pasangan kita rasa keseorangan kerana kita sibuk.. kerana ruang kosong dan kesunyian itu meminta di bayar dengan insan lain! berhati hati!

Jangan kita cuba bermain kayu tiga. Kerana pasangan kita yang setia akan cenderung membalas dendam dgn mencintai orang lain! melalui pengalaman... kebanyakkan pasangan yang setia akan cenderung untuk bermain kayu tiga kerana merasakan dirinya tidak di hargai. Ceritanya tentang kesakitan dipermiankan dikongsi dgn insan ketiga antara kamu. mungkin ada wanita yg terfikir... 'kalau suami ku boleh ada wanita lain kenapa aku tidak? aku juga cantik!' Apatah lagi suami, akan rasa tercabar kalau isterinya bertindak begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan