nufnag

2

2

Isnin, 18 April 2016

wanita mahal.. wanita murah

Nasihat demi nasihat aku luahkan..
aku tak tahu siapala yang membaca .. lagipun bukannya setiap hari aku menulis... jarang sekali update.
Tapi percayalah kamu akan jadi lebih rasioanal memilih cinta.
Mabuk manusia bercinta... berubah habis. sanggup buat apa saja.
cara kamu nak berfikiran waras ialah keluar dari kotak cinta dan lihat diri dari prespective orang lain melihat kamu.
masa itu barulah kamu berfikiran waras. Contohnya kamu berbelanja lebih untuk dia.. kamu berhiasa untuk dia.. memang itu lumrah..
tapi fikir baik baik bila sampai dia bawa kamu ke bilik hotel.. jangan murahkan diri dengan memberi dia menyentuh setiap kepunyaan kamu..

Jangan cakap orang lain bodoh.. sebenarnya bila dah mabuk.. semua boleh jadi bodoh..termasuk kamu!
Belaja bahasa cinta lelaki.. banyaknya kamu boleh dapat dari internet...hahaahaha
guna je ayat cinta kat internet tu.. ramai gadis cair....

ini cerita yang saya dapat dari seorang kawan.. suri rumah punyai suami yg bertugas di luar kawasan.
dan suaminya punya teman wanita lain.. dia biasa lihat gamba suami bersama wanita lain di bilik hotel.
murah sungguh murah dan bodoh. demi cinta sanggup gadaikan maruah..
maaf dia dah biasa... dan bukanlah wanita itu yg bertama.. suaminya memang kaki perempuan.
semua perempuan akan di bawa ke bilik hotel untuk bersama..
tahun ni lain.. bila isteri dapat tahu di tinggalkan perempuan tu...
setahun lagi perempuan lain pula di tidurinya... bergolek mesra di katil.. dan rela je perempuan yg di tabor cinta tu di tebuk lubangnya...
dan  bila di ketahui isteri dia tinggalkan perempuan tu..
tahun depan perempuan lain..
Isteri bila dapat tahu marah ..di telefon perempuan yg bersama suaminya dan beritahu wanita itu bahawa lelaki yg di cintainya suami dia..
tapi sama je perempuan itu terus je rela bersama dan akhirnya di tinggalkan

wanita memang suka cinta yang tiada ending..
bersama suami orang lain .. tanpa ikatan sah sampai bila? berfikirlah di luar kotak..
sampai bila pun dia tetap suami orang dan milik orang dam punyai tanggungjawab pada keluarga..
ayat cinta lelaki  mahu ayat anda.. tapi menipu itu standard..anda boleh dapat dlam internet..ada banyak idea.. antaranya:
1. saya kawin isteri saya..tapi saya tak cintakn dia.. saya lebih cintakan awak
2. isteri saya mandul
3. isteri saya lebih tua dari usia saya
4. saya tak bahagia.. dengan awak je saya bahgia
5. saya datang jauh sbb nak cari ketenagan dan ketenangan tu ada pada awak jee
6. saya tak boleh hidup tanpa awak.. sex dgn awak best..dgn dia tak best..
dan lain lain.. jgn tertipu..

kesimpulannya wanita juga enjoy sex.. dan lepas tu merana rela di tinggalkan begitu. Perempuan murahan..?

Mungkin ini dunia akhir zaman... dan jangan terkejut saya katakan.. muslim dan non muslim bercampur.. jangan kata muslim tu baik non muslim tidak....
berkara biasa bersama gadis india.. gadis bangsa iban.. melayu  dan lainnya...
mereka semua sama.. diberi cinta.. anda miliki semuanya..
dan mungkin bagi mereka bagi lelaki menikmati sex, walaupun suami orang.. dan mereka bangga dan kata walaupun suami awak..saya suka juga dia.. saya sangat cintakan dia..

Dan pada isteri isteri..
ayat yang biasa anda terima dari perempuan bersama suami and apun ayat standard:
1. awak tak pandai jaga suami
2. Awak dah tak cantik
3. kalau dia saying awak napa dia cari saya?
4. awak tak sedar diri ..ditipu suami.
5, dia suka aku.. bukan kau..

saba je la... itu ayat standard yang tak perlu nak risau dan rungsing sangat.. sebab ayat despite..

yes.. mereka datang untuk sex.. bukan untuk cinta..
cinta mereka ada pada keluarga dan anak anak..
Sia sia mencintai pasangan yang milik orang lain
percayalah kalau kamu Berjaya kawin dgn lelaki begini.. kamu akan selalu di tinggalkan sendiri akhirnya..

dan bukan semua lelaki 'kaki perempuan' ni tak kisah anak bini.. mereka tangung makan pakai dan bertanggung jawab pada keluarga..but perempuan lain sebagai hiburan.. kalau anda sudi jadi bahan hiburan.. teruskan.. sudi untuk memberi khidmat sex percuma tanpa bayaran. hanya dengan ayat cinta dan sedikit belanja makan dan hotel.. murah nya..
mereka takkan tinggalkan keluarga,, tapi akan tinggalkan wanita yang murahan ini.

keluarga adalah kebahagiaan.. ada anak anak.. ada masa depan dan ikatan sah. Di situ ada kerjaya, status kehidupan, kebanggaan dan dipandang masyarakat. Yang kawin atas dasar harta dan keturunan ..pangkat dan anugerah kebesaran.. Lelaki bijak tidak akan meninggalakan semua ini hanya kerana seorang perempuan murahan yang di aboleh dapat di mana saja.

Nasihat terbaik.... jadilah wanita yang mahal... dan ikat lelaki dengan nikah...
jangan terlalu murah.


Jumaat, 10 Oktober 2014

aku merinduinya

Hari hari yang berlalu akan gelap sepi dan bosan....
Datanglah beribu rakan....
Datanglah pesta keramaian...
namun semua itu tak mengubah perasaan.....
Aku cuma harap  dia muncul di depan mataku
tersenyum dan menyanyangiku

Cukuplah kehadiranya
membahawa aku cahaya
melenyapkan kekosongan
aku tak lagi perlukan rakan
tak lagi perlukan teman


begitulah aku merungkai ketandusan di hati...
dimanakah cintai itu?
merindui..belaian
merindui bunga bunga taman cintai yang segar...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Gunakanlah Akal dalam menilai cinta

Sudah lama aku tak bercerita tentang cinta..
sebenarnya bagi manusia yang tak percayakan tuhan fikirkanlah tentang cinta. fikirkanlah bagaimana laila jatuh cinta pada majnun. Katanya laila gadis yang sangat cantik dan majnun tu hodoh.. tapi mengapa ada cinta. Dan pengorbanannya keterlaluan.Wahai insan yang belum pernah berkahwin..bacalah catatan ku ini agar anda mendapat pedoman.
Begitu lah uniknya cinta laila majnun. Tapi cinta kita adalah cinta biasa biasa. Yang ada kekurangan. Seketika aku termenung sendirian membandingkan kisah cinta yang pernah kulalui dan kisah kisah cinta di sekelilingku. Hari ini aku ingin berkongsi kisah cinta sebenar agar memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membuat keputusan tentang kehidupan cinta mereka.
Percayalah sesuatu yang ingin ku katakan bahawa keindahan cinta laila majnun pun mungkin takkan bertahan pada zaman ini.
Aku akui, Jika kita telah jatuh cinta adalah amat sakit untuk melupakan orang yang kita cintai. Namun percayalah meneruskan cinta itu lebih sakit dari melupakan cinta.  
Berfikir la secara tenang dalam membuat keputusan dengan lelaki atau wanita manakah kamu mahu berkahwin. Percayalah pada kata saya, terutama wanita... bahagia derita kamu bergantung pada siapa yang kamu kahwin. Jika lelaki tak baik yang kamu pilih, maka neraka dunialah yang kamu mesti lalui.
Memang betul takdir masa depan kita tak tahu.. tapi kalau kita sudah tahu kenapa nak teruskan? Ramai gadis Malaysia ikut lari lelaki Lombok sejak akhir akhir ini. Maafkan saya membawa isu semasa untuk di catat. saya tak kata lelaki Lombok tak baik. Mungkin memang cinta mereka terbaik, jaga menjaga hati dan perhatian amat menyentuh hati.
Tapi bagi gadis yang memilih tepuk dada dan tanyalah diri..cari ilmu ..tengok internet bolehkah anda hidup dengan cara hidup mereka? selalu cuci baju pakai kesin..tahankah kamu basuh baju pakai tangan? tahankan kerja bawah terik mentarai di sawah ? tahankah? kalau tak tahan jgn teruskan.. kalau tahan teruskan... fikir pakai rasional ..jangan ikut hati.
Lagi satu saya nak ketengahkan ialah indahnya cinta sebelum kawin... jap nak Tanya..laila majnun kawin ke? tak kan? ..sebb tu la kot. Bila sebelum kawin semua Nampak baik... sebab tu orang tua kata jangan ikut rasa jgn ikut hati. ambil nasihat orang tua sebelum ikut kata hati. ingat ye.... nasihat orang tua yg dah berpengalaman..jangan ambik nasihat orang muda atau rakan sebaya ..sebab otak mereka belum sampai tahap orang dah kawin. Sebab dunia perkahwinan indah khabar dari rupa. Indah cerita dari reality.
Jika anda memilih seorang yang panas baran.. maka sepak terajang kawan baik anda selepas berkahwin. Jika anda memilih penangih dadah maka kemiskinan hatra dan papa kedana menanti anda. Jika anda memilih lelaki curang, bersedialah untuk di madukan dan untuk medapat penyakit kelamin. sakit hati.. jika anda memilih yg kurang budi bahaa sedialah untuk dipanggil denagn nama sial dan kata kata kesat selepas perkahwinan walaupun sekarang dia tk pernah mengucapkannya pada anda.
kalau anda jenis wanita yg suka adil.. berkahwin bererti sedialah untuk jadi wanita yang di buli. Diperkecil dan diperlekeh. Sebab anda akan buat semua keje dan dia akan berehat saja. Jika anda sudah sedia untuk merasakan pengorbanan anda tidak berbaloi, tak dihargai..perkahwinlah..dan anda akan merasainya.. banyak lagi perkara lain termasuk urusan kewangan dan sedara mara...
bukan saya menakutkan.. tapi ini ceriat sebenar.. kalau saya berbohong kenapa masalah cerai di mahkamah berlambak? ada macam macam cerita...
Dulu masa belum kahwin saya selalu tertanya bagaimana orang yg kita cintai boleh buat begitu? tapi itulah hakikat kehidupan.
Memang kita tidak boleh mengawal kehidupan..tapi jika kita tahu risikonya mengapa kita tak ambil peduli. Sebenarnya kita yang bersalah membuat keputusan untuk diri sendiri...
Kita tak perlu lalui pengalaman pahit ini untuk belajar ...Sepatutnya kita belajar dari pengalaman orang lain.  sesekalai melawaylah mahkamah syariah. bacalah buku tentang rumahtangga... anda akan tahu banyak.. kalaulau semua suami setia..takkan ada yang mohon kawin dua.. kalaulah setiap suami tahu tangjungjawab..takkan ada yang minta fasak dan cerai dan nafkah..
Adakah anda fikir semau pasangan bermasalah  yang berderat di mahkamah tu masa kahwin dulu tak cinta? Mestila cinta ..suka happy ..kenduri besar.. tetapi mengapa jadi juga masalah? 
Kita yang waras ni dinasihatkan cari pasangan fikirlah betul betul.. jgn kita nanti menambah barisan di mahkamah syariah..
Berbalik pada cinta.. cinta ialah satu emosi menyayangi..tak boleh Nampak tapi boleh rasa. Macam roh dan tubuh. Dan ramai orang yang belum berkahwin amat menghargainya. Dan ramai orang yg sudah berkahwin membiarkannya..sehingga wujud orang ketiga barulah nak kelam kabut membaja cintanya. Cinta yang tak Nampak ni dirasa dan di nilai dr perbuatan,.. ada yg tersentuh melalui sentuhan tangan senyuman ciuman..yang lahir dari hati.. sebab tu ramai gadis yang baru nak kenal cinta kena tipu diragut kesucian diri. cara pasangan ambil hati dengan hadiah ..menyarung cincin..perkataan mesra pun di ertikan sebagai cinta.Ada juga yng berbaik budi membayar bill dan lainnya.. membantu tika susah dan senang...itu nilai cintai yg dinyatakan..namun...
Tak kira berapa banyak anda berkorban untuk orang yang anda saying atau dia berkorban untuk anda..Jika sampai pd tahap dia punyai sifat buruk, pemukul dadah, penyagak.. fikirlah untuk tamatkan pengorbanan itu kerna anda berhak untuk bahagia. Jika perlu mungkin hidup bersendirian jauh lebih bahagia dr tersalah kawin dengan lelaki tak bertangungjawab..atau tak sesuai.
Akhir kata...

 ANDA BERTANGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRi TENTANG KEPUTUSAN ANDA, SIAPA YANG ANDA PILIH UNTUK BERKAHWIN!

Isteri kedua: Aku sangat sayangkan dia

Ku tuliskan coretan ini untuk membantu para wanita yang dalam dilemma untuk menjadi insan kedua di hati seorang lelaki.
 
Isteri kedua mungkin calonnya janda, gadis atau isteri orang. mungkin anda salah seorang dari ketiga tiga kategori ini.
Jika seorang wanita punyai anak ingatlah ayat ini 'sejahat jahat ayah pada anak kandungnya tidak sama dengan lelaki yang tidak mempunyai talian darah dengan anakmu'. Kerana itu selalu anda dengar di media, anak didera oleh teman lelaki ibu.. berhati hati.
Apapun keputusan untuk jadi isteri kedua pastinya sukar untuk anda. Bagi yang menerima gelaran ini hanya satu saja yang mereka pertahankan 'aku sangat sayangkan dia.. aku tak rela kehilangan nya'.
Saya tidak memperlekehkan ayat ini. Ini lambang cinta anda insyallah jika sayang itu tebal akan kekal sampai mati, isteri ke berapa bukanlah isunya.
Namun saya mohon pertimbangkanlah satu per kara untuk kebahgiaan anda. Jika anda bersedia untuk itu maka anda perlu bersedia untuk ini juga.. sebab gelaran ini akan datang dalam satu pakej. Anda tak boleh pisahkannya.
Pertama pandangan orang yang menganggap anda perampas suami orang. Anda perlu ingat gelaran ini kekal sampai ke anak cucu sebagai anak perampas suami orang.
Keadan lagi teruk jika isteri pertama tak rela..atau rela dalam paksa. Kata cacian akan jadi benda biasa. Anank anak tiri bakal mengungkit, terutama jika suami berharta. Lagi parah kalau ada yg guna bomoh bagai untuk melenyapkan kebahgiaan rumahtangga yg dibina dgn suami.
Itu belum masuk lagi suami yg kadangkala emosi dan melemparkan kata kata atau action yang melukakan hati. Dan yang jenis takut bini tua. nafkah yang sambil lewa. Datang hanya untuk melepaskan nafsu.
Bersedialah juga untuk ditinggal berseorangan pada hari biasa atau hari penting anda. Ada kes sahabat saya yang melahirkan pun suami tiada disisi. Anak meninggal semasa melahirkan dia tak kisah..dtg masa siang..mlm di rumah isteri pertama..semasa mengandung masuk bulan ketiga hamil suami langsung tak balik.sakit pening masa mengandung sendirian.
anda juga mestilah jenis yang kuat mempertahankan cinta, walaupun di lukai oleh orang yg anda berkorban. Tak cukuop belanja pandai pandai cari sendiri. Ada isteri yg kedu ayang rela membuang keluarga demi cinta..bersedialah untuk anda berseorangan. kerana suami anda dimiliki juga oleh orang lain..saat anda sakit pening belum tentu suami ada.. apatah lagi masa berhari raya atau lainnya.
Ketahuilah cinta yang anda pertahankan itu indah khabar dari rupa, banyak duka  dari bahagia... Jika itu jalan yang anda pilih. Teruskan..
Bersedialah dengan iman yang banyak dan air mata yang banyak untuk teruskan kehidupan anda.
 
 
 
 

Khamis, 7 Mac 2013

Sometimes you have to do it.




 


Sometimes you need to run away
So you can see who run after you

Sometimes you have to talk quieter
Just to see who's actually listening

Sometimes you have to take a step back
Just to see who's still by your side

Sometimes you make a wrong decision
Just to see who's there when all falls down

Sometimes you have to let go the one you love
Just to see if they love you enough to comeback

Pesan buatmu kekasih

Kukirimkan hati ini
Sebagi pengganti diri
Semoga sentiasa dekat di hatimu
Agar apa yang pernah terjalin
kekal selamanya di hati
Walaupun aku tidak akan muncul lagi
Didepanmu
 
Moga kau sentisa mengingatiku
Cintailah dia pengantiku di sisimu
Lebih baik darikau menyintaiku
Moga kau menjaganya dengan  baik
Lebih baik dari menjagaku
Jangan lukannya seperti kau lukakan diriku
 
Kerana dihati ini dipenuhi cinta padamu
Aku tidak mampu membencimu
Ku saratkan dengan doa buatmu
agar kau bahagia
dunia dan akhirat.
Amin...



Jumaat, 8 Februari 2013

how to know it love?

 
Bila tak jumpa rindu sangat...
tak dengar suara boleh mati..
tak nampak orangnya,..
dapat tengok bumbung rumah pun ok la..
pandang kiri dan kanan semua ada dia..
dan yang paling takjub..
semua orang yang kita jumpa mirip wajahnya..
ahakss kau gila bayang!
ahhh